Go to ...

RSS Feed

21/03/2019

Mengenakan Sikap Rendah Hati Ketika Berdoa (23hb Oktober)


Petikan: Lukas 18:9-14
Oleh: Ven Rev Lidis Singkung

Pendahuluan
Petikan ini mengajar kita mengenakan sikap rendah hati apabila berdoa, 9-10. Orang Farisi ini berdoa dengan yakin. Dia berterima kasih kepada Allah kerana dia jauh lebih baik dari jirannya, 11-12. Di sebaliknya, si pemungut cukai itu berdiri jauh-jauh, tidakpun menengadah ke syurga, menebah diri sambil memohon belas kasihan Allah, 13. Orang ini pulang ke rumah lebih gembira dan lebih baik kerana Allah membenarkan dia, 14. Kepada yang satu Allah benarkan dan menerimanya. Kepada yang satu pulang dengan tangan kosong. Yang penting bukanlah siapa kita ketika berdoa tetapi apakah respon Allah terhadap sikap kita. Apakah pelajaran yang kita dapat?

1. Orang yang meninggikan diri akan direndahkan, (Ayat 11-12).
– Sikap tinggi diri hendaklah dielakkan kerana ia memalukan, Roma 12:16.
– Sikap ini jelas mendedahkan dia jahil dan jauh dari Allah. Dia adalah racun berbisa kerana cenderung menyebarkan kesalahan orang lain dalam perbuatan doanya. Jangan tiru sikap orang Farisi itu.

2. Orang yang merendahkan hati akan ditinggikan, (Ayat 13-14).
– Sikap rendah hati adalah jalan menuju pengangkatan rohani, 1 Petrus 5:6.
– Dan kita menerima pengampunan, pengudusan dan kemajuan abadi.

Penutup
Mari kita terus berdoa dengan sikap rendah hati, tekad supaya tidak cemar, tidak sebarkan kesalahan orang lain sewaktu berdoa, maka ketinggian serta pengangkatan rohani akan bangkit dari bawah kaki kita dan kita akan bertakhta di atasnya bersama Yesus.

Soalan perbincangan:
1 “Aku selalu rendah hati ketika berdoa.” Bincangkan kebaikan sikap ini.
2. Apakah pelajaran baru anda pelajari minggu ini?

Share Button

Tinggalkan Balasan

More Stories From Berita Terkini