Mengapakah Yesus datang ke bumi sebelum penciptaan fotografi dan video/ Bukankah Dia akan menjangkau lebih ramai orang jika setiap orang dapat melihat-Nya? Lagipun, sekeping gambar menyampaikan lebih banyak maklumat daripada seribu perkataan.

“Bukan,” kata Ravi Zacharias yang menegaskan bahawa sepatah perkataan boleh bernilai “seribu gambar.” Sebagai bukti, dia memetik kata-kata penyair Richard Crashaw yang hebat, “Air yang jernih melihat Penciptanya dan mengalami perubahan.” Dalam satu ayat yang sederhana, Crashaw menangkap inti mukjizat Yesus yang pertama (Yohanes 2:1-22). Ciptaan mengenal Yesus sebagai Pencipta. Tiada tukang kayu yang biasa dapat menukarkan air kepada wain.

Pada satu kali, apabila Kristus menenangkan ribut dengan berkata, “Diam! Tenanglah,” Para pengikut Yesus menjadi sangat takut dengan berkat, “Siapakah orang ini? Angin dan ombak pun taat kepadanya!” (Markus 4:39,41). Kemudian, Yesus memberitahu orang Farisi bahawa jika mereka diam, “batu-batu ini akan mula berseru” (Lukas 19:40).

Yohanes memberitahu kita, “Firman itu sudah menjadi manusia dan tinggal antara kita. Kita nampak kemuliaan-Nya” (Yohanes 1:14). Yohanes juga menulis daripada kesaksiannya sendiri, “Kami menulis surat kepada kamu tentang Firman yang memberikan hidup, iaitu Firman yang telah ada sejak permulaan” (1 Yohanes 1:1). Seperti Yohanes, kita boleh menggunakan kata-kata kita untuk memperkenalkan Yesus yang ditaati oleh angin dan ombak kepada orang lain.

Sumber Daripada: Pedoman Harian 2018

Share Button

About the author

Related Post

Leave a comment

Baca Alkitab
  Kitab :
  Pasal :
  Ayat :
  Versi :
     

Taip kata atau ayat:
 
Alkitab   Bahan
Alamat Surat Menyurat:

PAROKI ST. LUKE TELUPID
Peti Surat 106,
89320 Telupid, Sabah
Tel / Fax : 089-521 488

Laman: http://www.stluketelupid.com
Telegrem: https://t.me/stluketelupid