Go to ...

RSS Feed

13/12/2018

Doa Mengubah Segala Sesuatu (11Hb Mac)


TEKS: Roma 15:30-31
OLEH: Archdeacon Lidis Singkung

Pendahuluan
Rasul Paulus mendorong seramai jemaat di Roma mendoakan keselamatan dan kebajikannya di Yerusalem (Roma 15:30-31) supaya kemudian apabila tugasnya selesai dia dapat menemui mereka dengan penuh berkat Kristus (Roma 15:25-29). Hasilnya, Paulus diselamatkan dari rancangan jahat dan dia diterima kepimpinan gereja di sana. Doa membuat Allah mengubah kehendak manusia, apatah lagi bila ramai jemaat yang mendoakannya. Allah bertindak bila orang berdoa kepada-Nya.

1. Paulus menasihati mereka berdoa dan bukan perintah, 30
• Allah menggerakkan rancangan manusia melalui minda yang dinasihati kebenaran Allah.
• Perintah pula tidak membuka minda kita. Allah mahu kita berdoa berdasarkan pendangan betul tentang Allah.

2. Paulus mau melibatkan seluruh jemaat berdoa.
• Berbanding seorang sahaja berdoa, jika ramai jemaat bergumul berdoa meskipun untuk seperkara semakinlah Allah ditinggikan dan disyukuri bila Dia bertindak, 2 Korintus 1:11).
• Secara umumnya Allah mengubah rancangan manusia sebagai jawaban kepada doa, apatah lagi kalau ramai jemaat berdoa, Matius 18:20.

3. Allah kabulkan doa Paulus, 31
• Allah selamatkan Paulus dari komplot pembunuhan di Yerusalem, KPR 21:30-32. Dia juga diterima para rasul di Yerusalem, KPR 21:17-20.
• Bergumullah berdoa untuk dana gereja baru di Kebaktian Doa setiap malam Jumaat. Matius 7:7-11.

Penutup
Semoga Allah batalkan rancangan si jahat dan terpeliharalah muhibbah kalangan seiman. Dengan kata lain doa mengubah segala sesuatu. Sertailah kebaktian doa mingguan kita.

Soalan perbincangan
1. Kongsikan kebaikan berdoa di Kebaktian Doa malam Jumaat.
2. Apakah pelajaran baru anda dapati minggu ini?

Share Button

Tinggalkan Balasan

More Stories From Garis Kasar Khutbah