Go to ...

RSS Feed

21/03/2019

Gereja Holy Cross, Kuala Sapi Musnah Terbakar


KUALA SAPI, DAERAH BELURAN: Gereja Holy Cross, Kuala Sapi musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku pagi kelmarin.

kebakaran-HCMBerita Sabah Online melaporkan:
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Affendi K Ramin berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 7.22 pagi. Menurut beliau pihaknya tiba di tempat kejadian selang sejam selepas itu berikutan jarak lokasi sejauh 74 kilometer. Turut memberi bantuan adalah anggota dari Pasukan Bomba Sukarela Kampung Kolopis Beluran. Laporan menyatakan kebakaran melibatkan sebuah gereja jenis separuh kekal berukuran 70×40 kaki yang terbakar 100 peratus. Operasi pemadaman yang diiketuai oleh PBK II Abd Majid Damang telah menggunakan satu aliran dengan dua pancutan. Sumber air adalah dari tangki jentera. Operasi terkawal pada jam 9.12 pagi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan sementara punca kebakaran dan anggaran kerugian akan disiasat.

Pengkongsian Media Whatsapp:
Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Rektor Penguasa gereja Holy Cross, Rev Juny Lutahir berkata bahawa akan mengadakan mesyuarat pada hari selesa ini (16hb Ogos 2016) bersama PCC gereja bagi membincangkan perkara tersebut. Gereja Holy Cross, Kuala Sapi merupakan pusat paroki yang mempunyai kira-kira 29 buah pusat ibadah pada masa kini. Mempunyai sebuah Sekolah Rendah termasuk Sekolah Tadika. Sebelum ini Holy Cross, Kuala Sapi merupakan Ibu gereja kepada dua Paroki yang lain seperti Paroki Holy Nativity, Kg Nangoh dan Paroki St Andrew, Beluran.

*Sama-sama mengingat dalam doa untuk Rev Juny Lutahir, Keluarga, PCC, para pemimpin dan semua anggota Jemaah

Share Button

Tinggalkan Balasan

More Stories From Berita Terkini