Teks: Matius 1:23
Oleh: Ven Rev Lidis Singkung

Pendahuluan:
Kelahiran Yesus Kristus adalah Immanuel. Immanuel bermaksud Allah menyertai kita. Meskipun manusia dipisahkan dari Allah kerana dosanya, Dia memilih mendekati kita dalam belas kasihan melalui kelahiran-Nya, Yoh 1:14. Oleh kerana Kristus, Allah boleh bersama-sama dengan manusia yang percaya. Dengan kata lain Immanuel bermaksud:

1. DIA BERSAMA KITA SEPANJANG PENGALAMAN HIDUP KITA
– Oleh kerana kelahiran-Nya maka Kristus mengerti dan pedulikan hidup kita.
– Maka, mari berhubung dengan Dia yang mengerti dan berjaya mengatasi cabaran hidup khasnya ketika berhadapan cabaran pahit kehidupan, bukan kepada roh-roh dan dewa-dewa

2. DIA BERSAMA KITA DALAM ROH
– Meskipun Dia kini berada di syurga, Dia masih bersama kita kerana Roh-Nya hadir dalam hidup kita, Yoh 16:7
– Apapun kedudukanmu: sebagai ibu-bapa, pelayan, dll., terapkan kebenaran “Immanuel” ini dalam kehidupan seharian kita.

3. DIA BERSAMA KITA DALAM KEMATIAN DAN SETERUSNYA
– Dia menderita kematian (Ibr 2:9) tetapi Dia bangkit semula (Rom 1:4), justeru Jika kita melalui maut Dia menanti kita di pintu sebelah (syurga), Yoh 14:3; Maz 23
– Meskipun dunia mengabaikan kita, kita tetap bersama Dia kerana Dia Immanuel

Penutup:
Datanglah kepada Dia tanpa berlengah-lengah. Jika anda berseru kepada Yesus, anda akan diselamatkan, Rom 10:13. Immanuel dan Amin..

Soalan Renungan :
1. Bukankah Krismas adalah musim lebih baik untuk memberikan hidupmu kepada Kristus?
2. Apakah yang kita harapkan Natal tahun ini ?

Share Button

About the author

Related Post

Leave a comment

Baca Alkitab
  Kitab :
  Pasal :
  Ayat :
  Versi :
     

Taip kata atau ayat:
 
Alkitab   Bahan
Alamat Surat Menyurat:

PAROKI ST. LUKE TELUPID
Peti Surat 106,
89320 Telupid, Sabah
Tel / Fax : 089-521 488

Laman: http://www.stluketelupid.com
Telegrem: https://t.me/stluketelupid