Go to ...

RSS Feed

27/01/2020

Langkah Menuju Tuaian Ajaib (14Hb Januari)


TEKS : Mazmur 86:10
OLEH : Archdekon Lidis Singkung

PENDAHULUAN:
Jika sesuatu itu begitu baik, itu kerana Allah terlibat di dalamnya. Ini adalah mukjizat. Kita menuai dengan ajaib termasuklah berkat kewangan sebab Allah kita adalah Allah keajaiban. Mukjizat berlaku dalam paroki kita asalkan kita berjalan dalam kehendak Allah. Mari kita telusuri tiga langkah menuju tuaian yang ajaib.

1. Percayalah, Mukjizat Masih Ada
• Bayangkan mukjizat, harapkan mukjizat berlaku.
• Tabur benih mukjizat.

2. Fokus Pada Iman
• Jangan putus asa, rancanglah untuk kebangkitan meskipun gagal, kita mencipta sejarah bukan membinasa destini.
• Mintalah secara spesifik, cth. lulus pepriksaan, dapat peluang perniagaan. Jangan minta “banyak” duit sahaja, Matius 7:9-11.

3. Terus Bersyukur
• Jangan berputus asa tetapi bersyukur. Ini adalah kunci untuk dapat menuai dengan ajaib… mukjizat akan tiba, Lukas 18:1.
• Jika Allah memimpin engkau menabur dan anda telah menabur jumlah yang tepat di tempat yang dikehendaki-Nya…maka engkau akan menerima tuaian. Ini bukan soal seandainya kita menerima tuaian…tetapi ini adalah soal bila, Galatia 6:9.

Penutup
Mari kita bersetuju Menjadi Kaya Dalam Kemurahan di bumi dan menaikkan doa atasnya, pasti Bapa kita di syurga bertindak sebab apabila dua atau tiga orang berkumpul dalam nama Yesus, Allah ada di sana dan kabulkan permintaan kita.

Soalan renungan
1. Minta Tuhan cukupkan dana pembinaan Gereja St David.
2. Apakah pelajaran baru anda terima minggu ini?

Share Button

Tinggalkan Balasan

More Stories From Garis Kasar Khutbah