Go to ...

RSS Feed

21/03/2019

Majlis Penyerahan Sumbangan Sebuah Laptop


St Thomas, Melapi, 13hb Mac 2016: Majlis singkat penyerahan sumbangan laptop telah disempurnakan oleh Ps Jachin Lau Sungkia selaku Penyelaras Pelayanan Zon St Luke, Telupid dan disampaikan oleh KK Jubis Gundi selaku ahli PCC & Pemimpin Awam bagi pihak Paroki St Luke Telupid kepada Pn Roserewa Sampai, mewakili jemaah sambil disaksikan oleh En Alexsander Taraan (PCC & Pemimpin Awam) di hadapan jemaah ketika kebaktian sedang berlansung. Gereja St Thomas, Melapi merupakan  antara 9 buah gereja yang disenaraikan sebagai penerima sumbangan Laptop pada tahun ini.IMG-20160314-WA0025

Sumbangan seumpama ini merupakan salah satu usaha untuk mempertingkatkan jentera pelayanan di seluruh Paroki St Luke Telupid, sejajar dengan cabaran The Ven. Rev Lidis Singkung selaku Paderi Penguasa, ketika beliau berucap dalam Latihan Pelayanan Hari Ahad pada bulan Februari yang lalu.

Dengan adanya kemudahan ini, diharapkan ia dapat membantu meningkatkan pelayanan gereja St Thomas, Melapi khususnya memancarkan lagu-lagu, liturgi kebaktian dan sebagainya.

Gambar oleh Cik Marydielyana Jublis

Share Button

Tinggalkan Balasan

More Stories From Berita Terkini