Go to ...

RSS Feed

27/01/2020

Mekar Dan Harum Di Ladang Tuhan (4Hb Mac)


TEKS: 1 Samuel 20:12-17
OLEH: Archdeacon Lidis Singkung

Pendahuluan
Yonatan dan Daud adalah sahabat karib. Yonatan mengabaikan warisan peribadi takhtanya demi Daud pilihan Tuhan. Namun, nama Yonatan sentiasa mekar dan harum kerana dia melakukan kehendak Allah. Dari tunas Daud lahirlah Yesus Kristus. Kecenderungan manusia adlah mekar di tempat bukan rancangan Allah. Lakukan kehendak Tuhan dan anda mekar dan harum di ladang Tuhan.

1. Rancangan Allah selalu baik dari rancangan manusia.
• Jajarkan rancangan hidup kita dengan rnacangan Allah, Yer29:11. Saul ingin menjadikan anaknya Yonatan mewarisi takhtanya tetapi rancangan Allah adalah Daud menjadi raja Israel.
• Tuhan memberi kita karunia dan rakan sepelayanan sesuai rancangan-Nya. Jadilah Yonatan yang memahami rancangan Allah. Selidiki hati apakah hidup dan pelayanan kita sejajar rancangan Allah yang baik, Maz 139:23-24.

2. Mekar di ladang Tuhan
• Nama Yonatan mekar dan harum kerana melindungi pilihan Tuhan(Daud) daripada kejahatan raja Saul. Warisan pelayanan dan pelayan Tuhan selalu mekar dan harum, Rom 10:15.
• Pialamu melimpah kerana melayani Tuhan. Saul mendapat takhta lalu kehilangannya. Yonatan kehilangan takhta tetapi nama dan pelayanannya mekar dan harum sepanjang masa. Semoga Tuhan mengingati pelayanan kita, Neh 5:19.

Penutup
Rancangan Allah bagi kita adalah baik dan kita yang melaksanakannya kekal mekar dan harum. Mekarlah di ladang Tuhan. Kelak engkau mendapat juga mahkota Allah yang disediakan khas untukmu, 1 Kor 9:25. Pialamu melimpah, Maz 23:5.

Soalan perbincangan
1. Bagaimana menjadi mekar dan harum dalam pelayanan kita?
2. Apakah pelajaran baru anda pelajari minggu ini?

Share Button

Tinggalkan Balasan

More Stories From Garis Kasar Khutbah