Berita Terkini
MELINDUNGI SESAWANG DENGAN PERKHIDMATAN CLOUDFLARE

Laman sesawang Paroki St. LUke, Telupid baru sahaja diperlengkapi dengan perkhidmatan Cloudflare.

Apa itu CloudFlare?

CloudFlare adalah sebuah CDN (Content Delivery Network) yang mempunyai ciri ciri lebih baik dari standard CDN yang ditawarkan. Banyak keuntungan dan juga beberapa kerugian dari CloudFlare. CloudFlare adalah sebuah CDN yang berada ditengah-tengah antara nama domain dan web hosting. CloudFlare menyediakan keselamatan tambahan untuk serangan DDoS, selain juga merupakan sumber cache statik yang membuat website dapat loading lebih cepat.

Fungsi CloudFlare

Terdapat pelbagai fungsi yang ditawarkan oleh Cloudflare untuk laman web dan diantara fungsi yang sangat penting untuk penggunaan laman sesawang adalah seperti berikut :

  • Boleh memaparkan analisis penggunaan laman web seperti maklumat pelawat, penggunaan data serta ancaman yang berlaku pada laman web tersebut.
  • Servis DNS seperti rekod (A , AAAA, CNAME, MX, TXT ) yang mana digunakan untuk sambungan domain atau subdomain kepada server-server tertentu.
  • Servis Crypto iaitu SSL percuma yang diberikan oleh Cloudflare kepada pengguna mereka.
  • Servis Firewall yang boleh membenarkan atau mengehadkan IP pengguna yang melayari laman web anda. Salah satu fungsi menarik untuk sekuriti laman web anda.
  • Speed membolehkan anda untuk mengoptimasikan kelajuan laman web anda menggunakan pelbagai fungsi. Walaupun begitu, sebagian besar fungsi hanya boleh digunakan apabila anda upgrade kepada versi Pro atau business.
  • Servis Cache yang membolehkan akses kepada laman web dengan lebih cepat dan load laman web yang ringan.

Kelebihan menggunakan CloudFlare

  • Dapat menyembunyikan IP address dari web hosting sehingga hacker tidak dapat menyerang server.
  • Membuat cache laman web supaya laman web dapat loading lepas cepat dan mengurangkan beban server.
  • Memberikan perlindungan terhadap semua serangan DDoS dengan mengubah keselamatan laman web.
  • Jika laman web down, CloudFlare akan terus melayani cached data sampai laman web kembali.
  • Jika registrar tidak memberikan pilihan untuk menambahkan DNS records, kita dapat menggunakan nameservers dari CloudFlare dan menambahkan host DNS records disana.
  • CloudFlare menawarkan perkhidmatan percuma dan kita boleh tambah seberapa banyak domain yang kita mahukan.
  • Kita dapat memblok akses ke laman web dari daerah atau negara tertentu, jika menerima banyak serangan dari negara-negara tertentu.
  • Memberikan SSL percuma, yang dapat juga digunakan pada shared host.

Kekurangan menggunakan CloudFlare

  • Oleh kerana CloudFlare bertindak sebagai man-in-the-middle, jika CloudFlare down, laman web juga akan down, walaupun jika web hosting up.
  • CloudFlare membolehkan kita untuk mengubah keselematan website menjadi “I am under attack” mode, yang memblok semua serangan DDoS. Tapi juga memblok semua robot, yang merupakan kerugian bagi sebagian orang.

Kesimpulan

CloudFlare adalah perkhidmatan Pengurusan DNS yang sangat baik, mudah dan keselamatan dan redundansi yang sangat baik serta PERCUMA.

Share Button

About the author

Related Post

Leave a comment

Baca Alkitab
  Kitab :
  Pasal :
  Ayat :
  Versi :
     

Taip kata atau ayat:
 
Alkitab   Bahan
Alamat Surat Menyurat:

PAROKI ST. LUKE TELUPID
Peti Surat 106,
89320 Telupid, Sabah
Tel / Fax : 089-521 488

Laman: http://www.stluketelupid.com
Telegrem: https://t.me/stluketelupid

 

WhatsApp chat