Go to ...

RSS Feed

21/03/2019

Mengikut Masa-Nya (4Hb Mac)


Apabila Pastor Andrew Murray dari Afrika Selatan melawat England pada tahun 1895, dia mula mengalami kesakitan akibat kecederaan lama di bahagian belakangnya. Dalam masa pemulihan, penjaganya membertitahu dia tentang seorang waniyta yang berada dalam kesusahan dan meminta sebarang nasihatnya untuk wanita itu. Murray berkata “Berikannya kertas ini yang saya tulis untuk [galakan] sendiri selama ini.” Berikutlah yang ditulis oleh Murray:

“Pada masa kesusahan, katakan:

 Pertama-Tuhan membawa saya ke sini.
Inilah kehendak-Nya saya menghadapi kesusahan. Dengan ini saya tetap bertenang dalam-Nya.
 Seterusnya-Dia akan memelihara saya dalam kasih-Nya dan memberikan saya rahmat dalam pencubaan ini untuk
berperanan sebagai anak-Nya.
Kemudian-Dia akan menukarkan pencubaan ini menjadi berkat, memberikan pembelajaran yang diinginkan-Nya
kepada saya, dan bekerja dalam diri saya agar saya mengalami rahmat yang ingin dikurniakan-Nya.
Akhir sekali-Dalam masa-Nya yang baik, Dia boleh membawa saya keluar daripada kesusahan-mengikut cara dan
masa-Nya.
Saya berada di sini-menurut rancangan Tuhan, di bawah penjagaan-Nya, latihan-Nya, mengikut masa-Nya.”

Kita menginginkan jawapan cepat, penyelesaian segera, tetapi sesetengan masalah tidak dapat diselesaikan begitu mudah dan hanya boleh diterima sahaja. Tuhan dapat memelihara kita dalam kasih-Nya. Dengan rahmat-Nya, kita boleh bertenang dalam-Nya.

Sumber Daripada: Pedoman Harian 2018

Share Button

Tinggalkan Balasan

More Stories From Renungan Minggu Ini