Go to ...

RSS Feed

27/01/2020

Pakai Jubah Panggilan Nehemia (18Hb Februari)


TEKS: Nehemia 1:3-4
OLEH: Archdeacon Lidis Singkung

Pendahuluan
Nehemia adalah contoh semangat jemaat yang membenarkan Allah bekerja dalam hidupnya serta setia melakukan kehendak-Nya. Just’ru, dia berjaya membina semula tembok Yerusalem yang rosak runtuh dalam tempoh 52 hari sahaja. Allah juga melakukan yang luar biasa melaluimu. Pakailah jubah panggilan Nehemia yang luar biasa ini.

1. Terpanggil menyelesaikantugas yang engkau sangat ambil berat, 1:4
• Nehemia terpanggil membaiki tembok Yerusalem yang runtuh, beban panggilan yang berat dan penting dimulainya dengan doa.
• Rasakan diri terpanggil menyelesaikan perkara yang kita sangat ambil berat dengan iringan doa.

2. Percaya engkau dapat melakukannya, 2:9-10
• Meskipun berhadapan rintangan dia hadapi dengan berani dan berhikmat.
• Anda melihat yang tidak dapat dilihat mata, melakukan yang tidak terlakukan, bina gereja baru atau membuat perubahan besar, 1 Kor 2:9

3. Terima perkenanan murni dari dunia, 2:4-8
• Raja Artashasta menyediakan keperluan Nehemia, Allah boleh memindahkan harta dunia kepada gereja Tuhan.
• Sebagaimana orang lain memberkati kita, demikian kita memberkati orang lain, Mat 7:12

4. Perjuangan diutamakan keselesaan dikemudiankan.
• Nehemia melepaskan kedudukan selesa untuk menyahut panggilan Tuhan.
• Kita akan mengecap kegemilangan, menabur sambil menangis, menuai berkelimpahan, Maz 126:5-6

Penutup
Pakailah jubah panggilan Nehemia memajukan diri dan paroki kita. Semoga kita dapat memulihkan kembali ‘tembok-tembok’ kita yang runtuh. Di dalam Tuhan semuanya akan berakhir dengan baik, Rom 8:28; Efe 6:10-20.

Soalan perbincangan
1. Bincangkan cara menerapkan jubah panggilan Nehemia.
2. Apakah pelajaran baru anda pelajari minggu ini.

Share Button

Tinggalkan Balasan

More Stories From Garis Kasar Khutbah