Go to ...

RSS Feed

13/12/2018

Pengumuman (11Hb Mac)


BULAN PUASA

Bulan puasa kita sudah bermula. Puasa mengajar kita untuk mengurangkan makan dan minum sambil merendahkan diri untuk memuliakan Allah, meneguh iman, perdalamkan hidup doa kita. Sertailah Kebaktian Doa kita setiap hari jumaat, jam 8:00 malam. Selamat berpuasa.


KEBAKTIAN KEBANGUNAN ROHANI

Tema: Penyembuhan dan Pembebasan
Tarikh: 16-18Hb Mac 2018
Masa: 07:00 Malam
Tempat: Pusat Lembah Berkat Telupid

*Pengkhutbah undangan ialah Pastor Eddy Yong dan Rev Augustine Saang.


LATIHAN PELAYAN JEMAAT

Tarikh: 24Hb Mac 2018
Masa: 09:00 Pagi
Tempat: Dewan Mini PLBT

*Semua pelayan jemaat di setiap gereja diwajibkan hadir ke latihan ini.


KONFRENSI DOA DIOSIS

Tarikh: 1-3Hb Mei 2018
Tempat: Katedral All Saints’ Kota Kinabalu
Yuran: RM50 termasuk baju

*Tarikh tutup pendaftaran bagi Paroki St.Luke adalah pada 29Hb Mac 2018.


KHEMAH MUDA-MUDI BM DIOSIS

Tema: Bersinar
Tarikh: 12-15Hb Jun 2018
Tempat: Pusat Lembah Berkat Telupid
Yuran: RM55 (baju adalah percuma)

*Sila berhubung dengan staf pelayanan di gereja anda masing-masing untuk pendaftaran.


YOUTH GOT TALENT

Pencarian ‘”Youth Got Talent” bagi mewakili Paroki St.Luke kini bermula. Sila berhubung dengan staf pelayanan di gereja masing-masing untuk sebarang pertanyaan.

*Saringan akan diadakan pada bulan Mac, separuh akhir pada 27-28Hb April untuk peringkat Archdeaconry, dan peringkat akhir pada bulan Jun.


PEDOMAN HARIAN 2018

Sila dapatkan buku pedoman harian di Resource Center Pusat Lembah Berkat Telupid. Harga RM8 sahaja. Buku ini menolong anda mendekati Allah.


TELEGRAM PAROKI ST LUKE

Sila sertai kumpulan Telegram Paroki melalui carian aplikasi Telegram @stluketelupid atau layari pautan sesawang https://t.me/stluketelupid untuk membina satu rangkaian penyampaian berita peroki.


KAD PEMBAPTISAN DAN KAD PENETAPAN

Kepada mereka yang sudah dibaptis dan ditetapkan pada tahun 2017, sila datang ke pejabat paroki untuk mengambil kad anda. (Khusus untuk St.David sahaja)


UPACARA PENETAPAN

Tarikh : 21hb Oktober 2018 (Ahad)
Masa : 9:00 pagi
Tempat : Pusat Lembah Berkat Telupid

*Jemaat yang sudah mencapai 13 tahun atau belum ditetap, sila isi borang dan hantar ke pejabat gereja dengan segera.

Tinggalkan Balasan

More Stories From Pengumuman