Go to ...

RSS Feed

27/01/2020

Pengumuman (25Hb Februari)


TABUNG PROVINSI
Jemaat terus didorong untuk memberi dengan sukarela bagi menyokong pelayanan provinsi kita dengan menggunakan sampul khas atau sampul sendiri dengan menulis “TABUNG PROVINSI” sehingga penghujung bulan Februari. Terima kasih atas pemberian dan kemurahan anda.


BULAN PUASA
Bulan puasa kita sudah bermula. Puasa mengajar kita untuk mengurangkan makan dan minum sambil merendahkan diri untuk memuliakan Allah, meneguh iman, perdalamkan hidup doa kita. Sertailah Kebaktian Doa kita setiap hari jumaat, jam 8:00 malam. Selamat berpuasa.


RETRET PENDOA SYAFAAT BM
Tarikh : 01hb-03hb Mei 2018
Tempat : Kokol Prayer Summit


PEDOMAN HARIAN 2018
Sila dapatkan buku pedoman harian di Resource Center Pusat Lembah Berkat Telupid. Harga RM8 sahaja. Buku ini menolong anda mendekati Allah.


TELEGRAM PAROKI ST LUKE
Sila sertai kumpulan Telegram Paroki melalui carian aplikasi Telegram @stluketelupid atau layari pautan sesawang https://t.me/stluketelupid untuk membina satu rangkaian penyampaian berita peroki.


KAD PEMBAPTISAN DAN KAD PENETAPAN
Kepada mereka yang sudah dibaptis dan ditetapkan pada tahun 2017, sila datang ke pejabat paroki untuk mengambil kad anda. (Khusus untuk St.David sahaja)


UPACARA PENETAPAN
Tarikh : 21hb Oktober 2018 (Ahad)
Masa : 9:00 pagi
Tempat : Pusat Lembah Berkat Telupid

*Jemaat yang sudah mencapai 13 tahun atau belum ditetap, sila isi borang dan hantar ke pejabat gereja dengan segera.

Tinggalkan Balasan

More Stories From Pengumuman