Go to ...

RSS Feed

22/05/2019

Sebelum Menelefon (28Hb Januari)


Sebagai seorang ibu kepada anak-anak yang masih kecil, kadang-kadang saya mudah panik. Reaksi pertama saya adalah menelefon ibu saya dan bertanya apa yang perlu dilakukan tentang alahan anak lelaki saya atau perempuan saya yang berbatuk secara tiba-tiba.Ibu banyak membantu saya, tetapi apabila saya membaca Mazmur, saya diingatkan betapa kerapnya kita memerlukan bantuan yang tidak dapat diberikan manusia. Dalam MAzmur 18 Daud berada dalam bahaya yang besar. Ketika dia menghadapi ketakutan, kematian dan kesedihan, dia berseru kepada Tuhan.

Daud boleh berkata, “Aku sangat mengasihi Engkau, Ya TUHAN!” Kerana dia memahami bahawa Tuhan ialah pembela, pelindung, dan kubu (Ayat 2-3). Tuhan adalah perisai, penyelamat dan perlindungannya. Mungkin kita tidak dapat memahami pujian Daud kerana kita belum mengalami pertolongan Tuhan. Mungkin kita mencapai telefon sebelum datang kepada Tuhan untuk mendapatkan nasihat dan pertolongan.

Sesungguhnya Tuhan meletakkan orang dalam kehidupan kita untuk memberi kita pertolongan dan penghiburan. Tetapi marilah kita juga ingat untuk berdoa. Tuhan akan mendengar kita; Seperti Daud menyanyikan, “Di dalam rumah-Nya Dia mendengar suaraku; Dia memperhatikan seruanku” (Ayat 7). Apabila dia datang kepada Tuhan, kita memuji Tuhan seperti Daud dan bersukacita kerana Dia ialah pembela, kubu dan pelindung kita.

Lain kali apabila anda ingin menelefon, jangan lupa juga untuk berdoa.

Sumber Daripada: Pedoman Harian 2018

Share Button

Tinggalkan Balasan

More Stories From Renungan Minggu Ini