TEKS: 1 Raja-raja 17:7-16, Filipi 4:19
OLEH: Archdeacon Lidis Singkung

Pendahuluan
Ramai orang mundur iman kerana merasa tidak tertolong ketika melalui persoalan hidup. Kita bersyukur kerana Tuhan menyediakan keperluan kita (air sungai Kerit mengalir, 1 Raj 17:1-6). Kelak sungai Kerit kita kering Tuhan juga menolong, meskipun pada awalnya kita tidak menanggapi sepenuhnya (1 Raj 17:7-16). Ayuh, jangan khuatir, pengalaman Elia mengajar kita dua perkara.

1. Pertolongan Allah sentiasa ada
• Dia mengetahui apa yang tersimpan bagi kita di masa depan. Kegagalan sumber yang satu (7) memimpin kita kepada keajaiban Allah yang satu lagi.
• Jalan Allah dapat dijejaki dengan iman di tempat asing sekalipun. Tuhan utus Elia ke Sarfat daerah musuh Tuhan iaitu daerah asal Jezebel (1 Raj 16:31) tetapi ternyata keperluannya di sana lebih terjamin.

2. Ganjaran iman yang taat-setia
• Kuasa Allah tidak terbatas, orang paling lemah dan paling gagah diguna memuliakan-Nya. Tuhan utus Elia kepada balu yang punya makanan terakhir bersama anaknya; ujiannya bertukar menjadi pujian (15-16)
• Berkorban demi pelayanan adalah jalan kelimpahan bukan kerugian. Makanan kasih terakhir janda bersama anaknya itu membuatnya rumit mentaati, namun imannya menghasilkan ribuan pertolongan (11-16).

Penutup
Elia dan janda itu mengalami pertolongan Allah meskipun di saat paling tidak menentu. Syukurilah pertolongan Tuhan meskipun di saat akhir (Flp 4:19) tetapi tidak pernah terlambat (Yes 59:1). Masih ada Tuhan.

Soalan perbincangan
1. Kongsikan pengalaman Tuhan menolong anda pada waktu anda sangat memerlukannya.
2. Apakah pelajaran baru anda pelajari minggu ini?

Share Button

About the author

Related Post

Leave a comment

Baca Alkitab
  Kitab :
  Pasal :
  Ayat :
  Versi :
     

Taip kata atau ayat:
 
Alkitab   Bahan
Alamat Surat Menyurat:

PAROKI ST. LUKE TELUPID
Peti Surat 106,
89320 Telupid, Sabah
Tel / Fax : 089-521 488

Laman: http://www.stluketelupid.com
Telegrem: https://t.me/stluketelupid